Aspirasi Remaja Muslim

Remaja adalah aset penting negara kerana merekalah yang akan mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa ini di masa hadapan. Mereka adalah ibarat biji benih yang ditanam perlu dibela, dibaja dan dilindungi dari sebarang kerosakan agar pepohon yang bakal hidup melahirkan buah-buahan yang masak ranum dan hasil yang lumayan.

Kelab Remaja ISMA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jati diri dalam diri remaja itu sendiri.

KRIM membuka ruang seluas-luasnya kepada remaja untuk melibatkan diri dalam sebuah kelab yang mampu memandu, menggilap dan mengembangkan segala aspek potensi dan bakat yang ada dalam diri mereka. Penglibatan sepenuhnya dalam KRIM mampu menghindarkan para remaja daripada sikap membuang masa dan seterusnya terjebak dengan segala permasalahan sosial.

Ini memenuhi aspirasi ibu bapa dan masyarakat yang mahu melihat pembentukan sebuah generasi remaja yang cemerlang, berpegang teguh kepada nilai-nilai agama, hidup berteraskan ilmu dan mampu berdikari.

Menjadikan Kelab Remaja ISMA (KRIM) sebagai pusat pembangunan potensi remaja yang dikenali dan diyakini masyarakat.

Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai-nilai motivasi, iltizam dan jati diri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.

Motivasi, Iltizam, Jatidiri

Aspirasi Remaja Muslim

KRIM di seluruh negara!
0
cawangan
0
penggerak
0
ahli
Objektif
  • Memberikan kefahaman Islam yang syumul dan rasa bertanggungjawab tinggi kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  • Menerapkan nilai-nilai motivasi dalam diri, sikap cintakan ilmu dan penguasaan kemahiran hidup.
  • Membina iltizam untuk beramal dengan tuntutan agama, berakhlak mulia dan berbakti untuk negara.
  • Membangun jati diri dengan keperibadian yang tinggi, memiliki ciri-ciri kepimpinan dan berwawasan.
  • Memupuk nilai persaudaraan Islam dan kerjasama di kalangan remaja.
  • Melahirkan remaja yang sihat tubuh badan, cerdas minda dan tahan lasak.
Penggerak KRIM Nasional

Asmadi Abd Samad

Pengarah KRIM Nasional

Nurhardinata Nuzbar

Ketua Pengarah Operasi & Bendahari

Nik Zainal Peei

Setiausaha

Ammar Azhar

Penjenamaan Organisasi

Hafizan Wahab

Pembangunan Modul

Fauzi Ahmad

Pemerkasaan Ahli

Ibrahim Sharkawi

Penonjolan Tokoh

Adibah Rohiman

Penjenamaan Organisasi

Nor Atiqah Jamil

Unit Kajian
KRIM di Media

“Kelab remaja paling aktif seluruh Malaysia!”

Ramadhan Awang

HUBUNGI KAMI

Untuk jemputan mengadakan program di sekolah, atau untuk bekerjasama dengan program kami, atau untuk menyertai program kami, atau untuk ajukan apa sahaja persoalan tentang kami.

* perlu diisi dengan lengkap