Kem Huffaz Cilik Manfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak

BATU PAHAT, 23 Disember 2017 – Kem Huffaz Cilik anjuran Kelab Anak Hebat (NAZIM) cawangan Batu Pahat dengan kerjasama Masjid Kampung Parit Bilal Batu Pahat telah berlangsung dengan jayanya. Salah satu slot ‘Rasulullah s.a.w di Hatiku’ pula telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat peribadi dan sejarah ringkas kehidupan Rasulullah s.a.w…

Jejak Al-Fateh Tanam Rasa Percaya Diri Pada Remaja

Putrajaya, 10 Disember – “Jejak Al-Fateh merupakan satu program berimpak tinggi yang memberi fokus kepada menanamkan rasa percaya diri kepada remaja-remaja muslim. “Program ini berkonsep sejarah untuk remaja. Inisiatif yang dinamakan ‘Jejak Al-Fateh’ itu menjadikan sejarah pembukaan kota Kostantinople sebagai modul utama. “Para peserta menjalani simulasi titik-titik penting yang menjadi faktor kejayaan pembukaan Kostantinople, bermula…

I-Medik dan Yayasan Pahang sasar banteras gejala rokok dan vape tahun depan

Oleh Shuhaimi Shaedon Kuantan, 10 Dis. – Satu pertemuan telah diadakan di antara Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Sains Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) cawangan Pahang serta Yayasan Pahang baru-baru ini bagi membincangkan usahasama aktiviti pembangunan masyarakat yang lebih memfokuskan isu rokok dan vape di kalangan pelajar sekolah pada tahun hadapan. Pengurus Bahagian Operasi Yayasan Pahang, Airulamri…

KRIM, iGuru dan Wanita ISMA Kuantan sokong cadangan pelajar solat berjemaah Zohor sebelum pulang dari sekolah

Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Kuantan menyokong dan menyambut baik cadangan menganjurkan solat berjemaah sebelum pelajar pulang daripada sekolah yang dikemukakan oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan, Tn Hj Mohd Razali Mustafar baru-baru ini. “Perkara ini adalah satu langkah praktikal untuk mendidik pelajar mengenai kepentingan solat sejak di bangku persekolahan lagi. “KRIM…

KRIM Gombak sokong inisiatif PPD Kuantan

Kelab Remaja ISMA (KRIM) Gombak dengan ini ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan sokongan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan  yg telah mengambil inisiatif untuk menyarankan pihak sekolah supaya para pelajar mendirikan solat secara berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah di sekolah-sekolah di daerah Kuantan. Kami percaya sistem solat berjemaah ini sebenarnya mendidik pelajar untuk menjadi…

KRIM Kuantan rangkul empat Anugerah Gemilang Remaja ARK (GEMA) 2017 di ‘Finale’ zon pantai timur

Oleh Norfadilah Hilmi KUANTAN, 28 November – Kelab Remaja Isma (KRIM) cawangan kuantan berjaya membawa pulang empat anugerah, iaitu Anugerah Tokoh Akademik, Anugerah Tokoh Kepimpinanan, Anugerah Emas dan Anugerah Tokoh Wartawan Ummah di program ‘Finale’ zon pantai timur yang diadakan di Peladang Setiu, Agro Resort, Terengganu, baru-baru ini. ‘Finale’ merupakan acara kemuncak dari modul Akademi…

Jadikan Kelab Remaja Isma Platform Untuk Berubah

Kuching, 26 Nov: “Para remaja perlu merasakan diri mereka penting dan lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan. Saya mahu setiap peserta mempunyai rasa keinginan untuk terus beraktivisme dan menyumbang tenaga mereka kepada kebaikan serta menjadikan Kelab Remaja Isma (KRIM) sebagai sebuah platform untuk mereka berubah ke arah lebih baik,” ujar saudara Mohammad Afiq Shazwan…

Melaka Kontinjen Terbaik Finale KRIM Zon Selatan 2017

Melaka, 26 Oktober – Kontinjen Negeri Melaka yang menggabungkan Kelab Remaja Isma (KRIM) Melaka Tengah dan Alor Gajah muncul juara keseluruhan Kontinjen Terbaik Nasional Zon Selatan dalam Finale KRIM Zon Selatan 2017. Finale KRIM Zon Selatan merupakan program kemuncak Akademi Remaja Krim (ARK) yang telah bermula sejak Jun 2017. Sepanjang tempoh itu, setiap kontinjen telah…

KRIM Samarahan Komited Sedarkan Remaja tentang Keburukan Zina

oleh Norlia binti Salleh Kota Samarahan, 23 Nov- “Kami terpanggil untuk mengadakan seminar Say No To Zina kepada pelajar-pelajar kerana kami melihat isu ‘couple’ semakin membarah dalam kalangan pelajar. Menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan pelajar tentang keburukan hal ini,” Demikian kata Fadilah Rashidah bt Misrom, Pengarah program Say No To Zina ketika ditanya setelah program…